Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anwar ‘Dwistandard’ Pertikai Bayaran...

KENAPA Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba pertikai isu pelantikan dan bayaran...

Harga Rumah Untuk Warga...

KUALA LUMPUR - Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.Demikian perumpamaan...

Pekerja Ladang Warga Indonesia...

KINABATANGAN - Seorang pekerja ladang mati lemas selepas terjatuh di kolam ladang Sime...

Rokok Seludup Banjiri Pasaran...

KUCHING - Rokok seludup dikesan membanjiri pasaran Sarawak, kata Menteri Muda Kesihatan Awam...

Polis Tangkap Lelaki Pukul Pasangan Warga Emas

IPOH – Polis menahan seorang suspek lelaki yang mencederakan sepasang suami isteri warga emas bulan lalu di Kampung Madrasah, Pekan Trolak kira-kira 100 kilometer dari sini.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Fadzil Ahmad berkata suspek berumur 20 tahun itu ditahan pada Selasa lepas di Hentian Sebelah Sungkai, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Beliau berkata suspek berkenaan yang dikenakan perintah sekatan selama tiga tahun kerana terlibat dalam lima kejadian samun di Lunas, Kedah didapati membuka Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) yang dipasang ke atasnya.

“Suspek telah direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Fadzil berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 15 (4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).


Dalam kejadian pada 30 April lalu, suspek yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa datang untuk meminta air minuman sebelum memukul seorang wanita berumur 62 tahun sehingga rebah.

Selain itu, suspek juga bertindak memukul suami mangsa berumur 68 tahun yang menghidap strok sebelum melarikan diri selepas jeritan mangsa didengari jiran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori