Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

‘Skandal’ Pegawai SPRM Luah...

WANITA yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Pengundian Rancak, Cecah 55%...

KUALA LUMPUR – Proses pengundian di kebanyakan pusat-pusat mengundi masih berjalan rancak tengah...

Filter Instagram Kegemaran 3...

SIAPA yang tidak mahu kelihatan menarik seperti foto-foto selfie selebriti terkenal di Instagram kan?Sebenarnya,...

Selepas Tewaskan Sekutu China,...

PERDANA Menteri India, Narendra Modi pada Isnin mengumumkan bantuan sebanyak AS$1.4 bilion kepada...

Polis Tampin Temui Semula Kereta Curi Tidak Sampai 24 Jam

SEREMBAN – Kecekapan anggota polis yang bertugas ketika membuat rondaan cegah jenayah menemukan semula sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dalam tempoh tidak sampai 24 jam, di Taman Batu Belang, Tampin dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Hamazah Ab Razak berkata kereta jenis Proton Savvy itu dilaporkan hilang kira-kira 8.30 malam semalam di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Taman Woon, Tampin, sebelum menemuinya semula kira-kira 8.50 pagi tadi.

“Semasa unit kereta peronda (MPV) Tampin membuat rondaan cegah jenayah di Zon A iaitu Pekan Tampin dan taman perumahan) menemui sebuah kenderaan yang mencurigakan tanpa pemandu di tepi jalan dan hasil semakan Pusat Kawalan Daerah (DCC) kenderaan itu dilaporkan telah dicuri.

“Hasil siasatan mendapati, kereta itu dipandu seorang wanita berusia 20 tahun yang telah memberhentikan keretanya di hadapan kedai serbaneka itu untuk membeli barang, kereta itu ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Jarak lokasi kereta itu dilarikan dan ditemui hanya 3 km dan hasil pemeriksaan mendapati, tiada barangan milik mangsa di dalam kereta tersebut dilaporkan hilang,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini merupakan hasil kerjasama orang awam dan motif kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori