Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Jose Mourinho Kena Penjara...

MADRID - Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berikutan...

Hanya 100 Penyokong Anwar...

KUALA LUMPUR - Hanya kira-kira 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyertai...

Penyakit Diabetes Kronik, Langkaui...

KUALA LUMPUR - Penyakit diabetes di negara ini dilihat semakin kronik berikutan jumlah...

Menu Hidangan Baharu Bagi...

KUALA LUMPUR - Penumpang-penumpang Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)...

Polis Tahan Tiga Suspek Curi Lembu, Dua Lagi Diburu

PORT DICKSON – Polis memberkas tiga suspek yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri lembu di sekitar Port Dickson dalam tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Adzli Abu Shah berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan, masing-masing dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 32 tahun dalam dua siri tangkapan di daerah itu pada 8 Jan lepas.

“Hasil daripada tangkapan ini, kita telah berjaya mengembangkan lagi siasatan bahawa ada dua lagi suspek yang sedang kita cari yang kita percaya dia memang terlibat dalam kes ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini giat memburu dua lagi suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada pihak polis.


Kes disiasat mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan iaitu memiliki harta curi hasil rompakan berkumpulan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Kategori