Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelabur Asing Kuasai Pasaran...

KUALA LUMPUR - Pelabur asing akan mula memiliki penguasaan lebih besar dalam pasaran...

TPM Korea Utara Dihukum...

PYONGYANG - Korea Utara menghukum mati seorang Timbalan Perdana Menteri dan menghantar dua...

Pelajar Mesir Diusir Pulang...

LOS ANGELES - Seorang pelajar Mesir di California berkemungkinan dihantar pulang selepas menyiarkan...

Fahmi Reza Didakwa Lagi...

KUALA LUMPUR – Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa...

Polis Tahan Suami Mabuk Dera Isteri Di Miri

MIRI – Polis menahan seorang suami yang dipercayai membelasah isterinya dengan sekeping kayu di rumah pasangan itu di Tudan pada Ahad.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan di rumahnya pada 4.45 petang semalam, selepas isterinya yang berusia 27 tahun membuat laporan polis semalam.

“Suspek seorang penganggur dan mabuk ketika insiden itu telah memukul isterinya tanpa sebab, pada 8 malam Ahad lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa yang juga suri rumah mengalami kecederaan di bahagian paha dan betis selepas dipukul.


Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu bukan kali pertama dilakukan suspek kerana sebelum ini mangsa banyak kali didera secara fizikal oleh suspek.

Khoo juga merayu kepada mangsa keganasan rumah tangga untuk tampil membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori