Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Batal… 32 Aje Hadir...

KUALA KANGSAR - Lazimnya sebut sahaja ceramah PAS, mesti terbayang dalam fikiran jumlah...

‘Berhenti Malukan Diri, PAS...

JOHOR BAHRU - Pas perlu berhenti memalukan diri sendiri dengan terus menagih simpati...

Imam Rayu Bebaskan 4...

Seorang Imam terkenal di Britain membuat rayuan kepada mahkamah untuk membebaskan empat individu...

Jeritan Minta Tolong Selamatkan...

JOHOR BAHRU: Jeritan seorang wanita warga asing yang didengari jiran berjaya menyelamatkannya selepas...

Polis Tahan Lapan Wanita Thailand Di George Town

GEORGE TOWN – Lapan wanita warga Thailand yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam serbuan di sebuah pusat refleksologi di Medan Angsana, Bandar Baru di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu pusat refleksologi itu pada pukul 5.30 petang dan turut menahan seorang wanita yang merupakan penjaga premis itu.

“Pemeriksaan awal mendapati lapan wanita yang ditahan itu berusia 19 hingga 42 tahun bekerja di premis berkenaan sejak beberapa bulan lepas dan tidak memiliki permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada aktiviti maksiat yang dijalankan di premis itu.

Mior Faridalatrash berkata semasa serbuan, ada pekerja yang cuba melarikan diri, bagaimanapun gagal kerana pusat refleksologi itu telah dikepung polis.


Katanya semua wanita warga asing itu ditahan menurut Seksyen 39 Peraturan Imigresen 1963 bagi membantu siasatan kerana menyalah guna pas lawatan sosial.

“Penjaga pusat refleksologi berusia 30-an itu pula ditahan menurut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=NkjdEq4RsUE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori