Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wabak TB Di Seremban...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan hari ini menafikan berleluasanya penyakit tuberculosis (TB)...

Pelanggan Cedera Dirempuh Kereta...

KUALA LUMPUR: Seorang pelanggan wanita cedera akibat dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan...

Madonna Muat Naik Foto...

LOS ANGELES - Penyanyi popular dari Amerika Syarikat (AS), Madonna mencetuskan kontroversi setelah...

Pemilik Stesen Minyak Didakwa...

Johor Bahru : Pemilik stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di...

Anggota Keluarga Suspek Utama Kes Bunuh Rohingya

KUALA TERENGGANU – Polis semalam menahan isteri, adik ipar, anak lelaki dan abang kepada suspek utama kes pembunuhan seorang lelaki etnik Rohingya di Kampung Pak Madah, Bukit Payung, Marang, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata polis pada mulanya menjumpai abang mangsa yang berumur 40 tahun pada 1 pagi (20 Mac) dalam keadaan kebingungan di pekan Bukit Payung.

Beliau berkata setelah disiasat, abang mangsa didapati turut berada di tempat kejadian ketika adiknya dibunuh.

Wan Abdul Aziz berkata susulan penemuan abang mangsa, Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah dengan bantuan Polis Hulu Terengganu berjaya mengesan dan menangkap tiga suspek kira-kira 2.30 petang di kawasan perindustrian Bukit Khor, Marang.

Katanya polis menahan seorang wanita Myanmar etnik Rohingya yang juga isteri suspek utama, anak lelaki mereka berusia 15 tahun bersama adik ipar lelaki suspek utama berusia 19 tahun yang dipercayai turut terlibat dalam pembunuhan itu.

“Berikutan dengan kejayaan tangkapan itu, polis berjaya mengesan dan menangkap seorang lagi suspek lelaki etnik Rohingnya berusia 33 tahun, iaitu abang kepada suspek utama, pada 4.20 petang di kawasan Ajil, Hulu Terengganu.


“Kesemua tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Marang hari ini untuk permohonan reman,” katanya.

Beliau berkata dengan tangkapan berkenaan, polis percaya kes itu berjaya diselesaikan dan kini usaha hanya tertumpu kepada tindakan mengesan dan menangkap suspek utama yang dikenali sebagai Mohamad Qarim Abdul Razak atau Qori.

Dalam kejadian Sabtu lepas, seorang lelaki etnik Rohingya berumur 35 tahun ditemukan mati dibunuh dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang badan serta kecederaan di kepala. – BERNAMA

Kategori