Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

KKLW Kaji Naikkan Had...

BERA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengkaji untuk menaikkan had...

3 Kampung Di Pelangai,...

KUANTAN - Sebanyak 11 rumah dari tiga kampung di Pelangai, Bentong dilanda banjir...

PH Pecat Zakaria Sebagai...

DIBUANG KERJA... Ketika zaman Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) tampak begitu ghairah...

Pergh! PM India Twit...

KEBANGGAAN buat rakyat Malaysia apabila perdana menteri India, Narendra Modi menggunakan bahasa kebangsaan...

Polis Tahan 8 Lelaki Jadikan Kandang Kambing Tempat Ambil Dadah

KUANTAN – Polis menahan lapan lelaki dipercayai penagih dadah yang menjadikan kandang kambing sebagai tempat melepaskan ketagihan mereka dalam operasi empat jam di kawasan Felda Lepar Hilir 1 dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata, operasi dijalankan pada pukul 3 petang selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

“Sebaik menyedari kehadiran polis, semua lelaki itu cuba melarikan diri tetapi mereka berjaya ditahan kerana polis telah mengepung kawasan berkenaan, ” katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 48 tahun itu positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3 (1) ARPD 283/83.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang didakwa sering mencalarkan kenderaan milik jiran di kawasan Taman TAS di sini.


Katanya, beberapa penduduk sebelum ini mendakwa kenderaan mereka telah beberapa kali menjadi mangsa perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab.

“Perbuatan khianat itu bagaimanapun dapat dikesan selepas polis melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) salah seorang mangsa yang menunjukkan suspek yang melakukannya.

“Susulan itu, polis berjaya mengesan suspek sebelum menahannya di hadapan rumahnya di Taman TAS pada pukul 1 pagi tadi untuk siasatan lanjut mengikut Langkah-langkah Pencegahan Jenayah,” katanya. – BERNAMA
 

https://www.youtube.com/watch?v=Gl3oXsE11iI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori