Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kebebasan Berniaga – PKR...

SAYA merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkenaan Kuala...

Aduan Kes Penipuan Dalam...

PUTRAJAYA - Aduan kes penipuan dalam talian semakin meningkat dan kini menjadi aduan...

RM27 Bilion Perkhidmatan Kesihatan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM27 bilion diperuntukkan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti...

Pelajar Muslim Diharamkan Berpuasa...

PELAJAR beragama Islam di empat sekolah rendah di Britain diharamkan daripada menjalani ibadah...

Polis Tahan 7 Suspek, Rampas Dadah RM490,000

JOHOR BAHRU – Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita warga Vietnam dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM490,000 dalam serbuan di bandar raya ini dan Muar antara 28 April dan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, ACP Lukas anak Aket berkata serbuan itu hasil risikan kira-kira sebulan dan maklumat yang disalurkan orang awam.

Beliau berkata polis turut merampas antara lain wang tunai, alat penimbang dan mesin kira wang serta menyita tiga buah kereta dalam serbuan itu.

“Lima lelaki tempatan dan seorang wanita warga Vietnam ditahan dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di kawasan Pelangi Indah, Johor Bahru, manakala seorang lelaki lagi ditahan di hadapan sebuah pusat hiburan dalam serbuan di bandar Muar.

“Jenis dadah yang dirampas 5.4 kg serbuk ecstasy, 271 biji pil Erimin 5, 2.8 kg heroin dan 315.92 gram ketamin yang dipercayai untuk edaran ke pusat-pusat hiburan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Lukas berkata ujian saringan urin mendapati kesemua suspek berusia 25 hingga 56 tahun itu postif dadah dan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan, katanya.

Beliau berkaya enam suspek direman selama tujuh hari bermula tarikh ditahan pada 28 April lepas sehingga 4 Mei manakala seorang lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Mei ini, untuk siasatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori