Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kutipan Cukai Langsung 2018...

PUTRAJAYA - Sebanyak RM137.035 bilion dikutip menerusi kutipan kasar cukai langsung negara oleh...

Pekerja Kilang Warga Indonesia...

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Jurutol Nyaris Maut lori...

BUKIT MERTAJAM - Seorang jurutol lelaki nyaris maut selepas sebuah lori yang membawa...

Bernhardt Senarai 23 Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt menyenaraikan...

Polis Tahan 7 Ahli Sindiket Curi Keta Mewah

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh ahli sindiket mencuri kereta mewah dan merampas lima kenderaan bernilai RM2.8 juta di Pendang, Kedah dan Selangor, pada Selasa lepas dan hari ini.

Kesemua kenderaan mewah yang dirampas menerusi Operasi Lejang itu adalah Porche Panamera Turbo, Land Rover Evoque, Audi Asse, Toyota Vellfire dan Bentley Continental.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata kesemua suspek termasuk dua wanita itu berumur antara 22 dan 48 tahun.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian pecah bengkel kereta dan kelima-lima kereta mewah itu dilarikan di kawasan Jalan Chan Sow Lin, Cheras pada 19 April lepas.

“Pada Selasa lepas, dua dari kenderaan itu iaitu jenis Porche Panamera dan Bentley ditemui di kawasan taman permainan, Taman Kota Sarang Semut, Pendang, Kedah, namun tiada sebarang tangkapan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zainuddin berkata sebuah Land Rover Evoque ditemui di Kedah semalam, dan pada 6.15 pagi tadi, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 30 tahun di sebuah restoran di PJU 7/7A, Mutiara Damansara, Selangor.


“Susulan itu, pada 8 pagi tadi, polis menyerbu sebuah kondominium di Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya dan menahan dua lelaki dan seorang wanita serta merampas sebuah Toyota Vellfire serta Toyota Mark X bagi kes lain yang dilaporkan hilang.

“Pada 5 petang tadi, seorang lagi lelaki ditahan di sebuah apartment di Puchong Utama, Selangor,” katanya.

Zainuddin berkata dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Keseksaan.- BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori