Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Setuju Tubuhkan...

PUTRAJAYA – Satu Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan bagi...

Ezlynn, Adam Sah Bercerai...

SELEPAS tiga tahun rumah tangga mereka seakan retak, hari ini, penyanyi Ezlynn atau...

176 Penumpang Pesawat Ukraine...

TEHERAN - Kesemua 176 penumpang termasuk sembilan kru pesawat Ukraine dilaporkan terkorban dalam...

Polis Kenal Pasti Alamat...

BUKIT MERTAJAM - Polis memperoleh alamat lengkap dan terkini tiga daripada tujuh peserta...

Polis Tahan 4 Warga Myanmar Culik Lelaki Bangladesh

GEORGE TOWN – Polis menyelamatkan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang diculik empat rakyat Myanmar termasuk seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Gelugor di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Husain berkata hasil risikan dan intipan, pihaknya menyerbu rumah pangsapuri itu pada 2 petang tadi untuk menyelamatkan lelaki berusia 46 tahun berkenaan dan menahan rakyat Myanmar berusia di antara 20 dan 50 tahun.

“Mangsa yang juga seorang imam di Bangladesh, tiba di negeri ini pada 14 Sept lepas. Ketika kejadian, beliau sedang menunggu bas di stesen bas Butterworth untuk ke Kuala Lumpur sebelum didatangi seorang lelaki yang mengajaknya berbual,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika berbual, beberapa lagi lelaki yang merupakan rakan suspek pertama tiba dan mereka kemudian menarik mangsa masuk ke dalam sebuah kereta sebelum membawanya ke sebuah rumah di kawasan Gelugor.

Suspek kemudian menghubungi anggota keluarga mangsa di kampungnya dan rakan imam itu yang tinggal di Kuala Lumpur untuk meminta wang tebusan RM125,000 dan mengugut akan memukul mangsa dan memotong kepalanya jika mereka gagal membayar wang tebusan.


“Rakan mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur kemudian ke negeri ini dua hari lepas (Rabu)…bimbangkan keselamatan imam berkenaan, beliau membuat laporan polis,” katanya.

Razaruddin berkata susulan itu, polis menjalankan siasatan dan hasil risikan lanjut berjaya menjejaki suspek dan menyerbu sebuah rumah di Gelugor sebelum berjaya menyelamatkan mangsa.

Katanya empat individu itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan polis sedang mengesan beberapa lagi rakan mereka yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori