Polis Tahan 3 Lelaki, Rampas Dua Kilo Ganja

SEREMBAN – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki pengedar dadah serta merampas dua ketulan mampat diprcayai ganja seberat dua kilogram dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Tampin-Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata kesemua suspek yang berusia antara 25 dan 32 tahun itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta pada 12.45 malam.

Dadah yang dianggar bernilai RM4,000 tersebut ditemukan tersorok di bawah tempat duduk penumpang depan di dalam kereta berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Thiew berkata hasil soal mendapati ketiga-tiga mereka terlibat dalam kegiatan itu sejak tiga bulan lepas.

Mereka yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Loading...