Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Tarik Sendiri Kembar...

Australia – Seorang ibu yang sudah mempunyai sembilan anak, melakukan sesuatu yang menakjubkan...

Larian Malam PUMA Sasar...

KUALA LUMPUR - Penganjur edisi kedua Larian Malam PUMA di Setia Alam, Selangor...

Bekas Suami Serina Dapat...

BEKAS suami Serina Redzuawan, Salahudin Ghafar diberikan hak jagaan kekal terhadap dua cahaya...

Kadar Pengangguran Belia Menurun...

Tuaran : Kadar pengangguran dalam kalangan belia berusia 15 hingga 40 tahun di...

Polis Tahan 2 Suspek Kes Tembak Upacara Sembahyang Kematian

KEPALA BATAS – Polis menahan dua suspek lelaki berhubung kes tembakan di sebuah rumah yang sedang menjalankan upacara sembahyang kematian di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini, Isnin lepas, mengakibat seorang maut dan seorang cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata suspek berusia 30-an dan 20-an itu masing-masing ditahan di Padang Serai dan Kampung Selamat pada pukul 4 petang dan 7.30 malam semalam.

“Suspek berusia 30-an ada tiga rekod lampau bersabit kes judi dan dadah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis persaraan dan perpisahan pegawai dan anggotanya, di sini malam tadi.

Katanya kedua-dua lelaki terbabit akan dibawa ke Mahkamah Butterworth hari ini untuk mendapatkan perintah reman.


Dalam kejadian pukul 10.45 malam itu, Lee Wooi Shong, 34, maut selepas terkena tembakan di kepala manakala rakannya yang berusia 38 tahun cedera parah.

Abdul Rahman berkata mangsa yang cedera telah dibenarkan keluar hospital dan polis akan merekodkan keterangan daripadanya dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori