Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Kereta Bertembung...

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori...

Kunjungan Jokowi Bakal Pacu...

KOTA KINABALU - Kunjungan Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia 5 Feb ini...

‘Badan Kami Menggigil Apabila...

KASHIHARA : Seluruh rakyat Jepun bersedih dan berkabung susulan kematian bekas perdana menteri,...

Hasil Rundingan Bersejarah, PH-UMNO...

GEORGETOWN: Pakatan Harapan (PH) dan UMNO Pulau Pinang sudah mencapai kata sepakat untuk...

Polis Tahan 2 Suspek Kes Samun Anggota Trafik

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menahan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun seorang anggota polis trafik dekat Subang Jaya, malam selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata suspek berusia 22 tahun dan 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2 pagi semalam di USJ 1, hasil risikan polis.

“Semasa tangkapan dijalankan, berlaku sedikit pergelutan dengan suspek sebelum polis berjaya merampas antara lain, lima buah telefon bimbit, dua buah ‘power bank’, sebuah pemutar skru, dan sebuah playar,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yahaya berkata hasil siasatan, beg mangsa yang disembunyikan di tepi sebuah kedai pengiklanan di Klang, berjaya ditemukan semula.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyelesaikan tugasan hariannya apabila disamun suspek.

“Ketika kejadian, mangsa memberhentikan motosikalnya di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Mulia, dekat sini sebelum didatangi oleh sebuah motosikal ditunggangi oleh dua suspek lelaki.


“Kedua-dua suspek berkenaan dilaporkan mengekori mangsa dari arah belakang sebelum berhenti di sebelahnya,” katanya.

Mangsa yang menyangka suspek adalah rakannya tersentak selepas seorang daripada suspek menarik beg silangnya, yang mengandungi sebuah dompet, kad kuasa polis, kad pengenalan, kad bank, sejumlah wang tunai serta dua buah telefon bimbit, dengan kuat menyebabkan beliau jatuh di atas jalan.

Mangsa cedera pada bahagian tangan, siku serta kaki manakala suspek melarikan diri dengan memecut laju motosikal yang ditunggang, kata Yahya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sejak semalam dan kes disiasat menurut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori