Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JMM Minta Polis Siasat...

KUALA LUMPUR - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini membuat satu laporan polis...

Kelantan Akui Beli Kereta...

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mengakui membeli kereta Mercedes Benz untuk pegawai tinggi...

Polis Minta Bantuan Pakar...

KUALA LUMPUR - Polis akan meminta bantuan pakar sejarah untuk menilai sejauh mana...

2 Individu Hilang, Bot...

KUANTAN - Dua individu hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Awang Mandur...

Polis Tahan 2 Lelaki Curi Kabel TM Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Polis menahan dua lelaki semalam selepas dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel Telekom Malaysia (TM) di Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata suspek pertama berusia 25 tahun ditahan di hadapan sebuah pejabat TM di Jalan PKNK pada 6.30 petang semalam.

Seorang lagi suspek berusia 19 tahun ditahan sejam kemudian di tepi padang bola di Taman Keladi dekat sini, katanya.

“Penahanan kedua-dua suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh kakitangan TM selepas mendapat laporan gangguan talian di Kabinet Ria F604 DP 21-40, Jalan Batik 1/1 Taman Batik.

“Pengadu kemudiannya memeriksa di bahagian belakang premis dan mendapati Kabel TM atas tiang sepanjang 106 meter saiz 200PR dan 107 meter saiz 100PR telah dipotong dan disyaki dicuri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri kabel malah ujian saringan air kencing terhadap suspek pertama mendapati positif dadah jenis Methamphetamin.

Kerugian dianggarkan berjumlah RM5,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Kategori