Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPB 2018 Sasar Lebih...

TANJONG KARANG - Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) menyasarkan lebih 70,000 pelajar Melayu dan...

Kehilangan Mata Wang Asing...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes kehilangan mata...

Lelaki Warga Emas Dikhuatiri...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di Sungai Johor di...

Porahhh FAM: Wal Hasil...

FAM memang liat untuk perubahan. Tiap drama akan berakhir dengan plot yang sama....

Polis Siasat 4 Kes Salah Guna Kad Pengenalan

KUALA TERENGGANU – Polis akan menjalankan siasatan berhubung empat kes penyalahgunaan kad pengenalan sepanjang tempoh pengundian semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata kes tersebut dikesan apabila pemilik sah kad pengenalan gagal mengundi apabila kad pengenalan mereka digunakan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita menerima empat laporan daripada mangsa dari Dungun, Chukai, Gong Badak dan Manir.

“Dalam keempat-empat kes ini, kesemua mangsa tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kerana nama mereka dipotong dalam senarai pengundi. Ini bermakna wujud individu lain yang tidak dikenal pasti menyalahgunakan kad pengenalan mangsa untuk mengundi sebelum itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi berkata keempat-empat kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Aidi dalam pada itu, berkata sepanjang tempoh mengundi semalam, situasi keselamatan dan ketenteraman awam di seluruh Terengganu berada dalam keadaan aman dan harmoni sehingga tempoh pengiraan dan pengumuman keputusan.


“Walaupun penyokong parti politik mengetahui bahawa PAS memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Terengganu dan akan mengambil alih kuasa pemerintahan kerajaan negeri.

“Namun, penyokong parti politik akur dengan nasihat dan arahan pihak polis untuk tidak menimbulkan apa-apa kekacauan, dan tindakan yang matang serta profesional ini harus dipuji,” katanya. – BERNAMA

Kategori