Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Diskaun Tol Kelas 1...

PETALING JAYA - Diskaun tol sebanyak 30 peratus akan diberikan kepada setiap pengguna...

Nasi Lemak Kini Popular...

JIKA di Malaysia, nasi lemak antara menu wajib bagi rakyatnya untuk bersarapan sebelum...

Perangi COVID-19 Selagi Tiada...

KUALA LUMPUR - Sejak dua minggu lepas, penurunan kes positif COVID-19 yang konsisten...

Netizen Kagum Kecantikan Isteri...

BERITA gembira yang dikongsikan kepada rakyat jelata mengenai pernikahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin...

Polis Siap Siaga Pembukaan 24 Jam Pintu Sempadan

KANGAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia untuk menambah anggota bagi mengawal sempadan Malaysia/Thailand, pada bila-bila masa andainya kerajaan memutuskan operasi pintu sempadan dibuka 24 jam.

Ketua Polis Perlis SAC Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata perancangan penambahan itu telah diputuskan namun bilangan anggota yang akan ditugaskan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Padang Besar belum ditetapkan.

“Penambahan anggota penting bagi memastikan kawasan sempadan khususnya KIK sentiasa dalam keadaan terkawal dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas melawat 42 pesakit di wad pediatrik dan wad awam Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sempena Hari Polis ke-210, hari ini.

Sementara itu, Ab Rashid berkata suspek lelaki yang menetak bapa kandungnya Amran Ariffin, 53, sehingga mati dalam kejadian di Padang Besar minggu lepas akan dihantar menjalani pemantauan psikiatri.

Katanya suspek perlu melalui prosedur itu kerana semasa ditangkap Jumaat lepas, dia didapati tidak berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan laporan ujian air kencing.


“Suspek yang dirawat di HTF kerana mencederakan diri sendiri dalam kejadian itu sudah pulih. Laporan hospital pula menunjukkan dia tiada sebarang rekod sakit mental.

“Bagaimanapun, suspek akan dituduh di mahkamah terlebih dahulu untuk mendapat arahan pemantauan tersebut,” katanya.

Dalam kejadian itu, bapa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang dan ditikam dengan pisau sehingga perutnya terburai kerana enggan memberi wang yang diminta anaknya. – BERNAMA

Kategori