Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Campuran BN-PAS Di...

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan kerajaan campuran di antara Barisan Nasional (BN) dan...

Penganggur Dipenjara Dua Bulan...

JOHOR BAHRU - Akibat mencium mulut seorang wanita minggu lalu, seorang penganggur menerima...

Rujuk Pejabat Daerah Jika...

KUALA BERANG - Orang ramai perlu menjadikan pejabat daerah sebagai pusat gerakan utama...

Rayuan Kes Dadah Farid...

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan rayuan pelakon dan pengarah, Farid Kamil...

Polis Terima Laporan Gangguan Seksual Oleh Pedofilia

SEREMBAN – Polis mengesahkan menerima satu laporan berkaitan aktiviti gangguan seksual oleh pedofilia ke atas kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut fakta kes, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang pada Isnin lepas, pengadu yang berada di kediamannya di Nilai telah dimaklumkan oleh anak lelakinya terdapat seorang lelaki Melayu yang dikenali di laman sosial Facebook telah menghantar mesej berbaur lucah.

Namun pada Selasa, pengadu itu telah menghubungi lelaki berkenaan menerusi aplikasi Facebook Mesengger untuk mengetahui apakah yang diingini suspek terhadap anaknya dan ibu mangsa bagaimana pun telah disekat (blocked) oleh suspek selepas mengetahui tujuannya.

Justeru itu, satu laporan polis dibuat oleh pengadu semalam.

Zaldino berkata berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, perkenalan suspek dan mangsa bermula pada Februari lepas menerusi Messenger.

Katanya,berdasarkan perbualan suspek dengan anak pengadu sebelum ini adalah biasa namun berubah sejak tiga hari kebelakangan ini apabila suspek mula menghantar mesej berbaur lucah.


“Selain itu, suspek juga ada mengajak mangsa berjumpa dan memancing mangsa menawarkan PSP (PlayStation Portable) agar mangsa tidak bosan di rumah.

“Selepas mangsa memberitahu mesej berkenaan kepada pengadu, pengadu telah membuat panggilan melalui Facebook Messenger namun gagal. Selepas itu pengadu memberi amaran kepada suspek agar tidak mengganggu lagi anaknya dan akaun sosial pengadu dan suami bagaimana pun telah disekat (blocked) oleh suspek pada Selasa lepas,” katanya.

Beliau berkata pengadu juga telah dimaklumkan bahawa akaun facebook suspek yang menggunakan nama ‘Aiman Fauzi’ telah ditutup.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan 292 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori