Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4 Tahun Cacing Guinea...

AUSTARLIA – Seekor cacing `Guinea’ sepanjang satu meter dikesan berada dalam kaki seorang...

Nicol Gagal Atasi Pemain...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David kalah kepada Raneem El...

Pesakit Koma Setahun Pulih...

BEIJING – Seorang lelaki China di Shenzen, wilayah Guangdong yang berjiran dengan Hong...

Polis Jejak Pesakit Covid-19...

SUNGAI PETANI - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pesakit positif Covid-19...

Polis Rampas Ketamin Bernilai RM720,000, Tahan 4 Lelaki

GEORGE TOWN – Empat lelaki disyaki pengedar dadah ditahan ketika cuba menjalankan urus niaga dadah di tempat parkir kenderaan sebuah pusat beli-belah di Bandar Perai Jaya dekat sini, 12 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata hasil risikan dan maklumat awam, sepasukan anggotanya bersama JSJN Bukit Aman menahan dua daripada suspek di dalam kereta Hyundai Sonata pada 5.45 petang.

Beliau berkata susulan penahanan suspek, polis menemui 18 paket lut sinar berisi dadah ketamin seberat satu kilogram setiap satu dianggar bernilai RM750,000 disorok dalam but kereta berkenaan.

“Dua lagi lelaki ditahan dalam kereta masing-masing dalam tempoh 10 minit tidak jauh dari suspek pertama ditahan dan kesemua mereka didapati datang secara berasingan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata but kereta itu telah diubah suai dan polis nyaris terpedaya kerana tempat simpanan dadah berkenaan dilindungi sistem pembesar suara.

“Terdapat satu ‘remote control’ dekat dengan pembesar suara, apabila kita tekan barulah bahagian yang mengandungi dadah itu terbuka,” katanya.


Beliau berkata kumpulan itu dipercayai telah beroperasi selama enam bulan dan sering menjadikan ruangan parkir bawah tanah itu sebagai tempat kegiatan mereka.

Guan berkata polis turut menyita tiga kereta lain yang dinaiki suspek iaitu Nissan Teana, Honda Civic dan Perodua Myvi selain barang kemas bernilai RM15,800 dan wang tunai berjumlah RM10,311.

Beliau berkata suspek berusia antara 24 dan 45 tahun itu ditahan reman sehingga 18 Mei ini untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat sama ada terdapat rakan jenayah lain yang terlibat.

“Hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah namun hasil semakan hanya seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kes dadah,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=LwQSNGDk_64

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori