Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pertahanan Terakhir Ukraine Enggan...

ZAPORIZHZHIA: Pertahanan terakhir Ukraine di Mariupol yang tewas enggan menyerah diri, namun merayu...

Arab Saudi Timbus 2,450...

RIYADH : Arab Saudi menimbus 2,450 telaga terbiar di seluruh negara itu, sebagai...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya dengan kelajuan antara 40 hingga 50...

Seks Guna Jari: Warga...

PUTRAJAYA - Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan sebatan dua...

Polis Rampas Dadah Bernilai RM260,000, Tahan Suspek Di KK

KOTA KINABALU – Polis menahan seorang wanita dan merampas kira-kira 2.02 kilogram dadah yang disyaki syabu bernilai RM260,000 berhampiran sebuah pusat membeli-belah di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata hasil daripada maklumat awam dan risikan, Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu menahan wanita berusia 34 tahun itu berhampiran pusat membeli-belah berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari.

“Semasa suspek ditahan, sepasukan polis sedang melakukan intipan di pusat beli-belah berkenaan. Semasa operasi itu, polis melihat seorang wanita mencurigakan baru keluar dari pusat beli-belah itu, membawa plastik dan menuju ke arah jeti berhampiran.

“Apabila cuba dihampiri, suspek yang menyedari kehadiran polis telah membuang plastik berkenaan dan cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas. Hasil pemeriksaan mendapati plastik itu mengandungi sebuah kotak berisi dua plastik lutsinar dipercayai syabu seberat 2.02 kilogram,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek terlibat dalam satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Kota Kinabalu sejak Oktober lepas dan suspek menjalankan peranan sebagai penghantar dadah berkenaan.

“Kami percaya ketika ditahan suspek sedang menghantar dadah tersebut kepada seseorang dan kami akan menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengetahui siapa ketua yang bertanggungjawab dalam sindiket pengedaran dadah itu,” tambahnya.

Chandra berkata suspek yang bekerja sebagai jurujual kosmetik dan telah mendapat taraf Penduduk Tetap itu kini direman seminggu sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata kes itu adalah rampasan terbesar Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu sepanjang tahun ini.


“Sejak Januari sehingga hari ini, kami berjaya merampas kira-kira 15.2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM2 juta. Sepanjang tempoh itu, kami juga menahan 179 suspek yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chandra berkata pihaknya menemukan dua pedang samurai yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan seorang remaja lelaki di luar sebuah premis pusat hiburan di Jalan Coastal di sini, semalam.

Beliau berkata kira-kira 5 petang semalam, dua suspek yang terlibat dalam kes itu telah memandu arah dan menunjukkan tempat di mana senjata itu dibuang.

“Senjata itu dibuang di sebuah kawasan di Likas dan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan dan kami akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.15 pagi semalam, mangsa Yacoob Nasran, 18, maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas diserang dua lelaki tidak dikenali di luar premis pusat hiburan berkenaan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori