Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

SPR Sahkan Azhar Harun...

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk...

Tak Boleh Naik Bas,...

GELAGAT seorang lelaki yang membawa seekor ular ke dalam sebuah bas persiaran di...

Video: Pembaca Berita Jadi...

MALANG menimpa seorang pembaca berita ABC News 24, apabila baju yang dipakainya kelihatan seperti...

Abbas Sedia Bantah Pelan...

NEW YORK - Pegawai Palestin akan berusaha mempengaruhi pembangkang untuk menentang pelan damai...

Polis Rampas 32.21 Gram Heroin Dalam Beg Suspek

JEMPOL – Polis merampas dadah heroin seberat 32.21 gram dan menahan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Cacar Hilir, Bahau, dekat sini, semalam.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan sepasukan lapan anggota dan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Noorzainy Mohd Noor berkata polis telah menangkap lelaki itu di belakang rumah berkenaan dan pemeriksaan terhadap beg selempang yang dibawanya, mendapati ia mengandungi 15 paket plastik lutsinar.

“Lelaki yang ditangkap juga merupakan penagih dadah dan saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah opiat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Noorzainy berkata siasatan awal mendapati suspek bergerak aktif sebagai pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Batu Kikir dan kawasan sekitar.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

Kategori