Polis Perlis Anjur Derma Darah Sempena Hari Polis

KANGAR – Sempena sambutan Hari Polis ke-211,​ Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis​​​​ mengadakan program derma darah di sebuah pasar raya besar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata pada program dengan kerjasama Hospital Tuanku Fauziah (HTF) itu, seramai 127 anggota polis mendaftar sebagai penderma darah.

Selain itu katanya, program berkenaan juga mendapat sambutan orang awam yang turut tampil menderma bagi meningkatkan bekalan tabung darah HTF.

“Program ini juga secara tidak langsung membolehkan pihak polis mendekati masyarakat,” katanya kepada pemberita pada program yang turut dihadiri Pengarah HTF Dr Othman Warijo​.​​​​​​ – BERNAMA