Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bersanding Selepas 11 Tahun...

“KIRA-KIRA 11 tahun lalu, kami hanya nikah di pejabat agama dan tidak adakan...

Berilah Masa Anwar Berehat...

KUALA LUMPUR — Berikan masa kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

JPN Pahang Tahan 8...

KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang menahan lapan pendatang asing tanpa izin...

Usahawan Dari Johor Tubuh...

KUALA LUMPUR - Sebuah pasukan baharu milik seorang usahawan dari Johor akan menyertai...

Polis Periksa Mayat Tanpa Kepala

Manila – Pakar forensik polis Filipina membuat pemeriksaan sama ada satu mayat lelaki tanpa kepala yang ditemui di Sulu ialah tebusan warga Kanada yang dipenggal militan Abu Sayyaf, kata pegawai semalam.

Mayat lelaki berkulit putih itu ditemui penduduk semalam di satu kawasan hutan berhampiran bandar Talipao di Sulu.

Militan Abu Sayyaf memenggal John Ridsdel, 68, pada Isnin lalu selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan untuk membebaskan lelaki itu tamat.

Kepala Ridsdel ditemui dalam satu beg plastik yang dicampak lelaki bermotosikal di bandar Jolo di Sulu beberapa jam selepas tarikh akhir pembayaran itu tamat.

Jurucakap tentera Filipina berkata, mayat berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Sulu untuk pemeriksaan lanjut.

“Pakar forensik polis membuat pemeriksaan bagi menentukan sama ada mayat tanpa kepala itu Ridsdel atau bukan,” katanya.


Ridsdel diculik bersama seorang rakan senegara, Robert Hall seorang lelaki warga Norway dan seorang wanita tempatan di Pulau Samal pada September tahun lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf menuntut wang tebusan AS$6.4 juta (RM25.11 juta) untuk setiap lelaki berkenaan.

Kira-kira 21 mangsa dari beberapa negara dipercayai masih dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf di kawasan hutan tebal di Sulu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori