Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sumber Makanan Terjejas Jika...

ALOR SETAR - Sumber air bagi aktiviti pertanian yang tidak diurus secara berhemah...

Rancangan Dalamkan Sungai Pahang...

KUANTAN - Rancangan mendalamkan Sungai Pahang dijangka bermula pada September ini dan bakal...

‘River Of Life’ Ubah...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek River of Life...

Malaysia Minat Dalami Industri...

SACHEON - Malaysia berminat mendalami kemajuan dan pembangunan industri aeroangkasa Korea Selatan, kata...

Polis Pantau Kawasan Panas, Hitam Sepanjang Op Selamat

IPOH – Polis melakukan pemantauan khususnya di kawasan panas kerap berlaku kemalangan serta kawasan hitam atau blackspot bagi mengurangkan kemalangan di negeri ini sepanjang Op Selamat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Ahmad Adnan Basri berkata polis mengenal pasti 52 kawasan panas dan 14 kawasan hitam yang kerap berlaku kemalangan maut.

Katanya, kawasan panas membabitkan Ipoh (4); Taiping (3); Selama (1); Batu Gajah (1); Hilir Perak (3); Manjung (5); Muallim (1); Sungai Siput (4); Tapah (2); Kuala Kangsar (3); Perak Tengah (2); Pengkalan Hulu (1); Gerik (14); Kampar (4) dan Kerian (4).

“Kawasan hitam yang dikenal pasti pula membabitkan satu kawasan di daerah Muallim, tiga di Taiping, lima di Manjung, satu di Hilir Perak dan empat di Gerik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Op Bersepadu-Op Perdagangan sempena Op Selamat 13/2018 Aidilfitri di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini malam tadi.

Menurut Ahmad Adnan, seramai 450 anggota JSPT kontinjen Perak akan ditugaskan di kesemua kawasan hitam dan panas berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad Adnan berkata sebanyak 92 kenderaan diperiksa dan 37 saman dikeluarkan sepanjang operasi malam tadi dijalankan.

Katanya, antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak mempunyai lesen memandu, muatan berbahaya dan tidak mempunyai pemadam api.


“Seramai lapan pemandu turut diarahkan mengambil ujian air kencing, bagaimanapun kesemua mereka negatif dadah,” katanya.

Beliau berkata operasi itu dijalankan bertujuan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalu lintas di samping membuat pemeriksaan terhadap pemandu kenderaan perdagangan.

Operasi bermula pukul 9 malam hingga 11.30 malam itu melibatkan kekuatan 14 pegawai dan anggota polis, katanya. – BERNAMA

Kategori