Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Saran...

BANDA ACEH - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaran agar...

TKSU KKMM Shakib Ahmad...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Shakib Ahmad Shakir...

Pencemaran Udara Pendekkan Umur...

NEW YORK - Pencemaran udara, sebahagian besarnya disebabkan pembakaran bahan api fosil, mengurangkan...

Bencana Mencabar Keupayaan Pasukan...

SANTUBONG - Kejadian dan bencana yang berlaku termasuk kehilangan misteri pesawat MH370 dan...

Polis P.Pinang Rekod Keterangan Ramasamy

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah merakam percakapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P. Ramasamy bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengaitkan beliau dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada Selasa lepas.

Ketua Polis negeri Datuk Seri A.Thaiveegan berkata pihaknya merakamkan keterangan Ramasamy berikutan laporan polis yang dibuat beberapa pihak di seluruh negara termasuk lebih 10 laporan polis yang diterima pihaknya di Pulau Pinang.

“Selain Ramasamy kami turut merekodkan keterangan daripada 10 individu termasuk pertubuhan bukan kerajaan yang membuat laporan polis terhadapnya. Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Selepas ini jika ada keperluan untuk memanggil Ramasamy (untuk rakam percakapan) kami akan panggil beliau (lagi),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Pasukan Trafik Sukarela Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perempuan China di sini, hari ini.

Ramasamy sebelum ini dilaporkan berkongsi gambarnya bersama anggota LTTE dikenali sebagai Vaiko atau V. Gopalasamy. Melalui keterangan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Ramasamy pada Sabtu lalu, kehadiran Vaiko di Pulau Pinang adalah sebagai memenuhi undangan majlis perkahwinan.

Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti maklumat pemilik akaun Facebook yang didakwa telah mengugut untuk membunuh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid baru-baru ini.


Pada Sabtu lepas, Syerleena, 38, membuat laporan di Balai Polis Jelutong di sini berhubung sebuah poster memaparkan ugutan bunuh ke atasnya yang dimuat naik di Facebook serta telah dikongsi ribuan netizen.

Sebelum penyebaran poster itu, wakil rakyat DAP berkenaan menerima ugutan bunuh melalui sekeping nota yang dijumpai bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya pada 10 Julai sebelum membuat laporan di Balai Polis Jelutong pada 7 malam hari sama. – BERNAMA

Kategori