Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sidang Kemuncak KL Tidak...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bukan bertujuan mendiskriminasi atau mengasingkan...

Polis Tembak Mati 3...

SHAH ALAM - Sekumpulan tiga lelaki dipercayai penjenayah warga asing yang aktif melakukan...

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang...

Gambar Separuh Bogel Artis...

DENGAN kepesatan teknologi maklumat yang serba canggih pada masa kini, tak mustahil gambar...

Polis Minta Ibu Bapa Pantau Telefon Pintar Anak Mereka

SERDANG – Ibu bapa diminta aagar memantau komunikasi anak-anak mereka khusus melalui telefon pintar bagi memastikan anak-anak mereka tidak berhubungan dengan geng kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata pihak polis menemukan kumpulan WhatsApp yang dinamakan Geng 24, Apache ketika menyiasat kumpulan yang membuat kecoh di hadapan sebuah sekolah di Klang, Selangor pada Khamis lalu.

“Siasatan polis mendapati mereka ada menubuhkan kumpulan WhatsApp untuk berkomunikasi sesama anggota kumpulan mereka, dan polis percaya motif kekecohan di hadapan sekolah itu adalah bertujuan untuk menarik pelajar menganggotai kumpulan berkenaan,” katanya kepada pemberita semasa turut melawat Hospital Serdang sempena sambutan Hari Polis Ke-210, hari ini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah menahan 38 orang yang dipercayai merupakan anggota Geng 24 dan telah membebaskan 33 orang daripadanya yang merupakan pelajar sekolah berusia antara 16 hingga 18 tahun pada Isnin lepas.

Fadzil berkata lima individu yang bekerja sebagai mekanik, pengawal keselamatan, tukang paip dan buruh masih ditahan untuk membantu siasatan.

“Kami masih mengesan semua individu yang terlibat dan ada lagi suspek yang masih dicari untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” katanya.


Beliau berkata polis dalam proses mengambil keterangan daripada ibu bapa pelajar yang ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada 20 April lepas, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang.

Sebuah video itu menunjukkan sekumpulan individu memegang kain rentang yang tertera ’24’ dan ‘TD4’ manakala video kedua menunjukkan kek berserta tulisan ‘SMK Sri Andalas’, ’24’ dan ‘Apache’. – BERNAMA

Kategori