Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tak Perlu Paksa Mukhriz...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak...

Lelaki Ditahan Polis Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan kerana mengaku sebagai anggota Kumpulan Pengganas Daesh...

Ibu, Anak Sah Warga...

BANGKOK - Dua beranak iaitu ibu dan anak lelakinya disahkan sebagai rakyat Malaysia...

Tak Nak Pakai Baju...

ADIK Uqasha dan Nelydia Senrose iaitu juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose didakwa...

Polis Melaka Tumpas Sindiket Curi Kereta ‘Geng Kailo’

MELAKA – Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan curi kereta ‘Geng Kailo’ selepas menahan tujuh anggotanya yang aktif melakukan jenayah itu di negeri ini sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 15 dan 67 tahun itu ditahan dalam beberapa tangkapan di sekitar daerah Melaka Tengah termasuk di kawasan Duyong di sini bermula pukul 10.30 malam pada 20 Okt lepas.

“Kita turut berjaya menahan ketua kumpulan geng ini berusia 25 tahun dan bekerja sebagai mekanik di sebuah rumah di Duyong pada hari sama,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata polis turut berjaya menemui lima kenderaan curi yang telah dijual kepada pembeli yang dianggarkan bernilai lebih RM40,000 hasil siasatan ke atas mereka yang ditahan.

Katanya geng itu menyasarkan pelbagai jenama kereta yang diparkir di tempat letak kereta awam untuk diubah suai sebelum dijual.

Shaikh Abdul Adzis berkata polis sedang giat memburu baki anggota geng berkenaan serta mengesan kenderaan yang telah dijual dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Sementara itu, Shaikh Abdul Adzis berkata polis turut berjaya menumpaskan ‘Geng Sampol’ yang dianggotai dua lelaki berusia 34 tahun yang mencuri motosikal berkuasa besar jenama Ducati Monster dan Yamaha R6 bernilai kira-kira RM300,000 di kedai motor di Jalan Kerambit Bandar Baru Sungai Udang di sini, semalam.


Beliau berkata mereka ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Taman Peruna Sungai Udang dan Tangga Batu di sini pada 10 pagi dan 12 tengah hari.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada 25 Okt dan hasil risikan serta intipan kita berjaya mengesan mereka. Polis turut berjaya menemui Ducati Monster pada suspek yang ditahan di Sungai Udang manakala motosikal Yamaha R6 dikesan berada di negeri pantai timur,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek merupakan pengganggur dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Katanya polis turut merampas sebuah motosikal serta pemotong besi yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 A Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri kenderaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori