Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dira Abu Zahar Akhirnya...

SETELAH sekian lama berteka-teki tentang status rumah tangganya, pelakon Dira Abu Zahar akhirnya...

Pengeluaran KWSP Untuk Rawatan...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu...

Pemilik Kedai Makan Cedera...

IPOH - Seorang pemilik kedai makan cedera di kepala selepas disamun tiga lelaki,...

Wanita Lari Tinggalkan Anak...

MIAMI - Seorang wanita telah didakwa di mahkamah Florida, Amerika Syarikat kerana meninggalkan...

Polis Marin Keluar 17 Saman Pelbagai Kesalahan Bot Di Semporna

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat mengeluarkan 17 saman pelbagai kesalahan terhadap bot yang beroperasi di perairan daerah ini, dalam Operasi Selamat Laut di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi selama empat jam bermula 7 pagi di perairan pelabuhan Semporna itu, sebanyak 44 buah bot tempatan telah diperiksa.

“Kesemua bot tersebut disaman kerana melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) dan kes itu disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya Operasi Selamat Laut itu memberi tumpuan kepada semua jenis pengangkutan laut termasuk aktiviti nelayan dan pelancongan bagi tujuan keselamatan penumpang atau menguatkuasakan MSO.


Mohamad berkata, dalam operasi itu pihaknya turut menahan enam lelaki dan lima wanita di bawah Akta Imigresen 1959/63/.

Kesemua yang ditahan telah diserahkan ke Balai Polis Semporna untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori