Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bantu Usahawan Kecil Terokai...

LANDSKAP keusahawanan mengalami perubahan yang sangat ketara sejak negara berdepan pandemik Covid-19.Jika dulu...

17 Cedera Taufan Trami...

KAGOSHIMA - Seramai 17 orang cedera apabila Taufan Trami dengan kelajuan 217 kilometer...

Rusia Guna Kuasa Veto...

RUSIA menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menghalang dan...

Ahmad Zahid Dipilih Ketua...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk)...

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 46 PATI

JOHOR BAHRU – Seorang tekong darat dan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berlainan di kawasan hutan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini, malam tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan pada pukul 9 hingga 11.30 malam itu dilakukan oleh enam anggota PPM Pengerang.

Katanya, kesemua PATI berusia di antara enam hingga 50-an terdiri daripada 40 lelaki dewasa, empat wanita dan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Beliau berkata tekong darat berusia 42 tahun itu merupakan lelaki senegara dengan PATI terbabit dan kesemua pendatang dipercayai hendak diseludup keluar dari negara ini menggunakan jalan tidak sah.

“Tekong bersama 15 lelaki ditahan dalam serbuan pertama, setengah jam kemudian, pasukan berjaya menahan 11 lagi lelaki dalam jarak kira-kira 200 meter dari lokasi tangkapan pertama.

“Dalam serbuan ketiga pula seramai 15 lelaki, empat wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan ditahan, juga di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.


Khiu berkata ketika serbuan dilakukan, kesemua PATI sedang menunggu bot pancung untuk pulang ke Indonesia.

Pemeriksaan ke atas kesemuanya turut mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, malah seorang daripadanya dikesan menyimpan sekeping kad pengenalan milik orang lain.

Beliau berkata seramai 32 daripada PATI itu dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi manakala 15 lagi ditahan di lokap Balai Polis Penawar untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori