Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Laporan Isteri Robert Kuok...

PETALING JAYA - Laporan agensi berita Korea yang mendakwa isteri kepada ahli perniagaan...

MUDA Tak Sertai PRK...

Johor Bahru : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak bertanding pada kerusi Pilihan...

Diana Danielle Seksi, Suami...

PELAKON berdarah campuran, Diana Danielle telah mencetuskan kontroversi apabila gambar dan videonya beraksi seksi bagi menghiasi...

Mercedes-Benz Akan Terus Melabur...

KUALA LUMPUR - Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan terus melabur di Malaysia biarpun...

Polis Lawas Tangkap Guru Sekolah Edar Dadah

MIRI – Polis Lawas menangkap seorang guru sekolah menengah yang disyaki mengedar dadah jenis syabu pada 5.50 petang semalam.

Ketua polis Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata guru lelaki berumur 33 tahun itu ditangkap bersama-sama seorang lelaki berusia 36 tahun ketika mereka berada di dalam sebuah kereta di Jalan Merapok, Lawas.

“Berdasarkan siasatan kami, dadah itu tidak dijual kepada pelajar di sekolah tempat suspek mengajar,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sebaliknya, kata beliau, dadah berkenaan adalah untuk dijual di daerah tanah tinggi Long Bawan, Indonesia.

“Kami telah mengesan dan memantau pergerakan mereka selama kira-kira empat bulan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Punang, Berayong Lawas itu juga didapati positif ampethamine.


“Ketika polis menangkap mereka, satu paket syabu seberat 27.7 gram, yang dianggarkan bernilai RM4,000, didapati tersembunyi di dalam tempat letak tangan kenderaan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Guru-guru Sarawak (STU), kesatuan guru terbesar di negeri ini, menyuarakan rasa terkejut tentang penangkapan guru berkenaan kerana ia boleh mencemarkan nama baik profesioan perguruan.

Presiden STU Jisin Nyud berkata kesatuan itu sedia bekerjasama dengan polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memerangi masalah dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori