Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

4,343 Kes Baharu, Terendah...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4,343 kes baharu COVID-19 direkodkan di negara ini dalam tempoh...

Selangor Boleh Menjadi Pengeluar...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor dicadang supaya dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja...

New Zealand Kalahkan Malaysia...

IPOH - Malaysia menduduki tempat keempat setelah kalah 5-4 kepada juara bertahan New...

Lelaki Didenda RM2,500 Tawar...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada tiga anggota polis, seorang lelaki...

Polis Labuan, SPRM Kerjasama Dalam Aspek Keselamatan

LABUAN – Polis Labun sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menangani isu keselamatan dan rasuah.

Kedua-duanya turut bersetuju untuk membentuk rangka kerja strategik di masa depan dalam menangani aktiviti jenayah dan unsur rasuah.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata persefahaman antara kedua-duanya akan membantu mereka menjalankan tugas dengan berkesan.

“Sekiranya pihak polis mendapati sebarang unsur berhubung rasuah, polis boleh meneruskan siasatan kerana polis turut mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan ke atas kes yang mempunyai unsur rasuah.


“Namun sekiranya pihak polis merasakan kes berkenaan perlu disiasat oleh SPRM, pihak polis akan melepaskan kes itu terhadap SPRM dan sedia bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Pengarah SPRM Labuan yang baru, Abdulamin Abdillah membuat kunjungan hormat ke atas Adzhar hari ini. – BERNAMA

Kategori