Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Bongkar Modus Operandi...

KUANTAN - Polis berjaya membongkar satu sindiket pinjaman wang tanpa lesen menggunakan Mesin...

Kerajaan Akan Uji Mekanisme...

KUALA LUMPUR : Kerajaan dalam tempoh mengkaji keberkesanan mekanisme subsidi bersasar bahan api...

Belanda Lokasi Tepat Bicara...

KUALA LUMPUR – Keputusan memilih negara Belanda sebagai lokasi perbicaraan mana-mana suspek yang...

Lelaki Bahayakan Anak Kerana...

INILAH contoh bapa yang bodoh. Dia sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri semata-mata mahu...

Polis KK Tahan 3 Suspek Kes Samun, Pecah Rumah

KOTA KINABALU – Polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes samun, curi dan pecah rumah berikutan penahanan tiga suspek lelaki di Inanam, Menggatal dan Luyang, empat hari lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata polis turut menemukan beberapa barangan yang disamun termasuk sebuah kereta Toyota Prius, wang tunai, topeng, telefon bimbit, rokok dan senjata yang dianggarkan bernilai RM132,000.

Suspek berumur antara 18 hingga 22 tahun dan dua daripada mereka didapati positif dadah manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Chandra berkata sebanyak 31 unit komputer dan 22 mesin permainan bernilai RM300,000 dirampas dalam serbuan di sini bagi membanteras aktiviti perjudian haram melalui internet antara 26 Okt hingga 4 Nov lalu.


Katanya sepanjang operasi itu, tujuh lelaki berumur antara 19 hingga 32 tahun dan seorang wanita berumur 48 tahun ditahan dan polis turut merampas 1,200 token dan wang tunai RM6,400 daripada mereka.

Dalam perkembangan lain, Chandra mengingatkan individu yang memiliki dan menyimpan senapang angin atau senjata tiruan supaya menyerahkan kepada pihak polis bagi mengelak mereka daripada diambil tindakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori