Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Serah Kuasa Kepada...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad beri jaminan beliau akan berundur...

Jepun Dikejutkan Kejadian 2...

Tokyo – Jepun dikejutkan dengan tindakan dua budak perempuan yang hanya berusia 11...

Golongan Muda Beli 50...

KUALA LUMPUR : Sejumlah 50 peratus atau 17,543 pembeli rumah melalui Projek Perumahan...

Kadar Kesembuhan Covid-19 Lebih...

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya mengimbangi kes positif jangkitan koronavirus (Covid-19) dan pesakit...

Polis Kesan Sindiket Judi PRU14 Di Beberapa Negeri

POKOK SENA – Polis hari ini memberi amaran keras kepada sindiket perjudian yang menerima pertaruhan melibatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) agar menghentikan kegiatan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa sindiket sedemikian yang menerima pertaruhan melibatkan keputusan PRU14 di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kegiatan mereka ini dipantau rapi oleh pasukan khas yang yang ditubuhkan oleh setiap kontinjen, katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat dan peniaga pada Program Kepolisan Komuniti di pasar pagi Pokok Sena, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang terlibat dalam kegiatan haram itu berdepan tindakan menurut Akta Pencegahan Jenayah (PIndaan) 2017.

“… polis serius terhadap pemantauan kegiataan berkenaan kerana boleh menyebabkan keadaan tidak baik ke atas sistem demokrasi negara,” katanya.

Sementara itu, Noor Rashid mengingatkan semua pihak termasuk calon yang bertanding agar mematuhi undang-undang pada hari-hari terakhir kempen sebelum pengundian pada Rabu ini.


“Elakkanlah perbuatan memfitnah dan menyebarkan sebarang berita palsu kerana polis juga diberi tanggungjawab menguatkuasakan kesalahan itu mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, kerana fitnah ini boleh jejaskan keharmonian serta timbulkan pergaduhan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori