Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Cuba Nasib Sebagai...

Gara-gara mahu mencuba kemahiran sebagai DJ, seorang anggota polis telah dikecam teruk oleh...

Kecoh 52 Peserta Digugur...

KUALA LUMPUR - Seramai 52 kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus khas pegawai tadbir...

Peniaga Diminta Patuhi Arahan...

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang telah bersiap...

Isu Dakwaan PN Rasuah...

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Pembangkang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Polis Kesan Individu Tinggal Bayi Perempuan Di Laluan Pejalan Kaki

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan ibu bapa, yang meninggalkan seorang bayi perempuan baru lahir di laluan pejalan kaki, Seksyen 19, di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata bayi, yang dipercayai berusia seminggu itu, dijumpai di dalam sebuah kotak serta berbalut dengan kain oleh seorang kerani sebuah klinik pada 6.50 pagi, setelah dia terdengar tangisan bayi itu.

“Pengadu telah membuat laporan polis. Bayi itu kemudiannya di hantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kini ia berada di bawah penjagaan pihak hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini tampil membuat laporan di balai polis terdekat.

Kata Shafien lagi, pihaknya juga meminta mana-mana klinik atau hospital yang mempunyai maklumat tentang perkara berkenaan tampil untuk membuat laporan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori