Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Van Jenazah & Keranda...

'SERANGAN' Gabungan NGO Malaysia yang diketuai Datuk Seri Jamal Md. Yunos terhadap kerajaan...

Junjung Kasih Peranan Raja-Raja...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyeru seluruh rakyat agar menjunjung...

Penuntut UniMAP Maut Terjatuh...

ALOR SETAR - Seorang penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meninggal dunia malam tadi...

Neelofa Tunaikan Umrah Bersama...

PATUTLAH Neelofa tak kelihatan mengacarakan program Meletop semalam, rupa-rupanya si cantik manis ini tengah...

Polis Kelantan Sentiasa Tegas Tangani Kegiatan Judi

KOTA BHARU – Polis Kelantan menafikan dakwaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kegiatan perjudian di negeri ini, kata Ketua Polisnya Datuk Hasanuddin Hassan.

Beliau berkata sejak Januari hingga semalam, sebanyak 85 serbuan telah dilakukan di seluruh negeri terhadap premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan itu.

“Sebanyak 82 daripadanya membawa kejayaan sehingga menyebabkan 88 individu berumur antara 30-an dan 40-an ditangkap.

“Kebanyakan pusat perjudian ini yang menjual nombor ekor beroperasi di rumah-rumah kedai yang berselindung di sebalik perniagaan yang dilakukan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Semalam, sebuah blog mendakwa tiada sebarang tindakan diambil terhadap dua premis perjudian haram kecil-kecilan di Kuala Krai walaupun perkara itu telah diadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).


Hasanuddin turut memuji tindakan orang awam yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga membolehkan serbuan dilakukan ke atas premis berkenaan. – BERNAMA

Kategori