Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

40,000 Guru Bahasa Inggeris...

BESUT - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempunyai 40,000 guru layak mengajar Bahasa...

Anwar Ibrahim Pulang Sebentar...

KUALA LUMPUR - Bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia pada 1.45...

Isu Kepak Ayam: JKDM...

SUNGAI PETANI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) mengakui wujud kelemahan dari segi...

Festival Belia Putrajaya 2015...

PUTRAJAYA - Festival Belia Putrajaya 2015 menekankan kepentingan penyediaan aktiviti berkualiti dan bukan...

Polis Johor Terima 52 Unit Motosikal Mantapkan Tugas URB

JOHOR BAHARU – Polis Kontinjen Johor menerima 52 motosikal bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini sebagai usaha memantapkan perkhidmatan dan operasi rondaan.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kesemua motosikal jenis Honda CBR 250 itu akan ditempatkan di IPD Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kulai, Batu Pahat serta Muar.

“Nilai keseluruhan motosikal itu ialah RM962,000 iaitu setiap satunya bernilai RM18,500.

“IPD Mersing akan menerima 14 motosikal, Kota Tinggi (12), Pontian (10), Kulai (6), Batu Pahat (6) manakala Muar (4),” kata Ismail kepada pemberita selepas majlis penyerahan motosikal berkenaan, di sini Isnin.

Ismail berkata penerimaan itu merupakan fasa kelima yang menjadikan jumlah motosikal URB di negeri ini kini sebanyak 322 selepas 270 motosikal jenis Kawasaki Ninja 250, yang diterima sejak tiga tahun lepas.


Beliau berkata motosikal itu merupakan satu inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ke arah menurunkan indeks jenayah melalui strategi meningkatkan kehadiran polis dan menggandakan rondaan agar kegusaran orang ramai menjadi mangsa jenayah dapat dikurangkan.

Selain itu, katanya ia juga dapat mempercepatkan dan menepati masa bertindak yang ditetapkan terhadap setiap maklumat atau aduan yang diterima apabila berlaku kecemasan.

Sehubungan itu, Ismail berharap penambahan motosikal peronda baharu itu dapat menjadikan anggota URB bertugas dengan penuh integriti dan efisyen. -BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori