Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

TV AlHijrah: Air Mata...

#islamisfirstclass dan #penghijrahanfenomena merupakan kempen terbaharu yang dimainkan oleh stesen TV Islamik pertama...

Pandelela Direhatkan Daripada Kejohanan...

KUALA LUMPUR - Jurulatih terjun kebangsaan Yang Zhuliang merehatkan Pandelela Rinong daripada menyertai...

Penyampai TV Jadi Kontroversi...

KERANA seluar dalam, Sepanyol menjadi kecoh. Ia gara-gara gambar penyampai televisyen negara itu,...

14 Anggota, Pegawai Polis...

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sekurang-kurangnya 14 anggota dan pegawai...

Alasan Mengenai Pembatalan Konsert Thirst 2015

KONSERT “Thirst 2015: We Are All Stardust” yang menampilkan aksi artis antarabangsa Dash Berlin, R3hab, Goldfish & Blink, sepatutnya berlangsung pada 25 April, iaitu pada Sabtu namun telah dibatalkan setelah Pihak Polis menarik kembali kebenaran pada saat akhir.

Bantahan daripada masyarakat setempat dikatakan merupakan alasan utama pihak Polis enggan membenarkan konsert tersebut, kata Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razimi Ahmad.

Bercakap mengenainya, pada 24 April lalu Pihak Polis memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya bahawa pihak berkuasa tidak menyokong permit konsert berkenaan berdasarkan bantahan daripada penduduk tempatan dan pejabat wakil rakyat pada 23 April.

“Polis perlu mengambil kira keselamatan masyarakat dan mengelak kejadian tidak diingin berlaku,” katanya.

mines

Konsert itu dijadual berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) pada Sabtu tetapi penganjur Future Sound Asia dimaklumkan bahawa permit itu ditolak sehari sebelumnya.

Menurut Razimi, pada asalnya polis tiada halangan meluluskan permit berkenaan selepas berbincang dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada 25 Mac.

Bagaimanapun MPSJ telah menolak permohonan tersebut pada 6 April.

Sementara itu, MIECC  yang terletak dalam kawasan parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming melahirkan rasa kekecewaannya terhadap pembatalan disaat akhir konsert tersebut.

“Ia sangat mengecewakan peserta, penganjur, artis dan semua yang terlibat apabila dibatalkan saat akhir. Pastinya ini mencacatkan reputasi Malaysia yang terkenal sebagai destinasi acara-acara hiburan antarabangsa.


Seperti sedia maklum, pada tahun lalu acara Future Music Festival Asia (FMFA) dibatalkan selepas enam pengunjungnya maut disebabkan pengambilan dadah manakala 15 orang lagi telah dimasukkan ke hospital.

demn

Pihak penganjur terpaksa membatalkan konsert pada hari ketiga demi keselamatan pengunjung dan natijah daripada perkara tersebut telah membuatkan konsert seterusnya yang bakal diadakan di Singapura turut dibatalkan.

Kebimbangan mengenai penyalahgunaan dadah yang mungkin berlaku merupakan perkara utama mengapa festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar Asia Tenggara dibatalkan.

Berbalik kepada pembatalan Konsert Thirst 2015, walaupun sesetengah pihak tidak mempersetujui tindakan pihak polis yang menarik kebenaran di saat akhir, perkara ini mungkin dapat memberikan kesan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=oHMcWLOQqh4

https://www.youtube.com/watch?v=-5LvJy64Dok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori