Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengarah Mahu Buat Filem...

PENGARAH terkenal Indonesia, Joko Anwar mendedahkan dia bakal membuat filem mengenai isu jerebu yang...

Bekalan Air Seluruh Pulau...

GEORGE TOWN – Bekalan air kepada pengguna di seluruh negeri ini pulih sepenuhnya...

Tiba Masa Pengundi Dun...

KUALA NERUS - Sudah tiba masanya masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit...

Rosmah Mansor Tempat Kedua...

Di sebalik kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita dibelakangnya. Lihat sahaja 'wanita pertama'...

Polis Jejak Dua Bekas Pekerja Taska Bantu Siasatan Bayi Didera

PUTRAJAYA – Polis sedang menjejaki dua bekas pekerja sebuah taska di Presint 15 di sini bagi membantu siasatan berhubung kes bayi yang disyaki didera dan gambar mereka viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kedua-dua bekas pekerja wanita itu dikatakan telah melarikan diri setelah gambar kes dera dua bayi itu tersebar di laman sosial sejak semalam.

Kes dera itu didakwa melibatkan seorang bayi berumur 13 bulan dan bayi

perempuan berumur empat bulan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Rosly berkata pemilik taska itu, seorang wanita berumur 27 tahun, telah menghantar gambar bayi lelaki dengan kesan lebam pada mukanya melalui aplikasi WhatsApp kepada ibu bayi itu.

“WhatsApp itu dihantar kepada ibu bayi itu, yang merupakan seorang pegawai kerajaan, kira-kira 4.10 petang pada 25 Mei lalu, dan pada 8.42 malam, ibu bayi (pengadu) menerima satu lagi Whatsapp daripada pekerja taska memaklumkan anak pengadu didera oleh pemilik taska,” katanya.

Rosly berkata pihaknya telah menerima laporan polis daripada pemilik taska itu pada jam 5.40 petang, Selasa lalu yang menerima WhatsApp bergambar berhubung anak-anak didera di taska itu.

“Pemilik taska mengesyaki perbuatan itu dilakukan oleh dua bekas pekerjanya yang masing-masing berumur awal 20-an, yang telah melarikan diri pada Sabtu lalu sebelum mereka menyebarkan hingga menjadi viral gambar seorang bayi perempuan yang mulutnya ditutup dengan kain lampin dalam Internet,” katanya.


Menurut Rosly, sebelum ini, pihak polis turut menerima aduan daripada ibu bayi itu yang mengatakan terdapat kesan lebam pada muka anak lelakinya akibat didera.

“Polis juga menerima laporan polis daripada bekas pekerja taska pada jam 4 petang Rabu lalu (1 Jun) menafikan telah mendera kanak-kanak di taska dan mendakwa pemilik taska yang mendera kanak-kanak itu,” katanya.

Sementara itu, pemilik taska berkenaan mendakwa laporan kes dera dua bayi di pusat asuhan yang tersebar di laman sosial merupakan sabotaj dua pekerjanya, yang baru tiga bulan bekerja dengannya.

Katanya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah melakukan lawatan ke premisnya dua hari lalu untuk menyiasat dan taska itu masih beroperasi seperti biasa kerana mematuhi peraturan ditetapkan termasuk mempunyai sijil asuhan di bawah program Permata Negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Dera

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori