Polis IPK Kelantan Laksana Ibadah Korban

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini melakukan ibadah korban dengan menyembelih dua ekor lembu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman, ​​​​​​daging korban akan diagih-agihkan kepada 300 anggota polis IPK itu.

Anggota dan keluarga mereka turut bergotong royong mengadakan majlis kenduri dengan memasak daging korban tersebut. – BERNAMA


​​​

Loading...