Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes Zara Tidak Dibawa...

KUALA LUMPUR - Pendakwaan terhadap suami seorang pengasuh dalam kes kematian bayi perempuan...

Najib Akan Tinjau Keadaan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Kelantan...

VIDEO: Hero Sebenar.. Selamatkan...

VIDEO memaparkan seorang lelaki tua yang sedang berjalan di sepanjang platform menunggu komuter,...

Mitsubishi Yakin Jual 12,000...

KUALA LUMPUR - Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. (MMM) yakin dapat mencapai sasaran...

Polis Guna Alat Pengesan Haba Kesan Jashiah Tengah Malam Ini

KUALA KUBU BHARU – Alat pengesan haba digunakan malam ini dalam operasi mencari dan menyelamat Jashiah Rabu yang hilang sejak 23 Okt lalu.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu, ASP Mohd Razit Md Tahir berkata alat itu yang lebih berkesan pada waktu malam, digunakan untuk mencari guru besar SK Taman Keramat Satu itu bermula pukul 10.30 malam kelmarin.

“Alat itu lebih jelas nampak objek yang terlindung dan senang untuk menjejaki mangsa pada waktu malam. Malam ini, kami fokuskan pencarian sejauh dua kilometer bagi mencari mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd Razit berkata sehingga operasi berakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi tidak ada petunjuk baharu ditemui. Operasi SAR akan disambung pada pukul 9 pagi hari ini.


Jashiah kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya pada 23 Okt lalu dan apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang didapati pintu rumah mereka terbuka dan Jashiah tiada di rumah.

Difahamkan, Jashiah menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar daripada rumahnya di Taman Seri Seruling dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10 kilometer. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori