Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PM Arah Tindakan Segera...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkaitan mengambil tindakan segera...

Laksana Butang Panik Selewat-Lewatnya...

KUALA LUMPUR - Grab Malaysia digesa menguatkuasakan butang panik pada aplikasi perkhidmatannya untuk...

GAMBAR: Wanita Obses Berhabis...

DISEBABKAN obses dengan jenama minuman ringan Coca Cola, seorang wanita dari Ireland sanggup...

Mandikan Anjing Dalam Bilik...

VIDEO ‘live’ wanita memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan...

Polis Edar 1,500 Cawan Kopi Di R&R Gua Musang

GUA MUSANG – Polis mengedarkan 1,500 cawan kopi kepada perantau yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang melalui program ‘Coffee Break’ di Hentian Gua Musang di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di sini Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superitendan Rajab Ahad Ismail berkata, pengedaran minuman tersebut yang ditaja oleh sebuah syarikat pengeluar kopi bertujuan mengelakkan mereka mengantuk ketika memandu.

“Mereka dinasihatkan supaya berhenti rehat dahulu di hentian berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini semasa dalam perjalanan,” katanya kepada pemberita pada program mengedarkan minuman kopi tersebut.

Program itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof dan turut serta anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Gua Musang, Majlis Belia Jajahan Gua Musang dan Kelab Lion Gua Musang.


Beliau berkata dalam tempoh tiga hari selepas Op Selamat 9/2016 bersempena perayaan Aidilfitri dilancarkan 29 Jun lepas, 25 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Jalan Gua Musang-Merapoh dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai tetapi tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Ab Aziz berkata anggota polis akan melakukan rondaan lebih kerap di jalan berkenaan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan kemalangan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori