Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Lindungi Kereta...

PELIK! Lelaki ini ternyata sayang pada keretanya lebih daripada segala-galanya.Video yang mula viral...

Perhilitan P.Pinang Rampas 46...

GEORGETOWN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) merampas 46 ekor...

Kes Bunuh Segambut: Bayi...

MENGEJUTKAN apabila dua abang kepada adik beradik yang ditemui mati bersama bapa mereka...

Hebat Sangat Ke Punggung...

APA la hebat sangat punggung Kim Kardashian ni sampai ada yang sanggup berhabisan...

Polis, DBKL Sahaja Berkuasa Tunda Kenderaan

KUALA LUMPUR – Polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sahaja yang mempunyai kuasa untuk menunda dan mengalih kenderaan awam di kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kompaun yang dikeluarkan oleh pengendali trak tunda adalah tidak sah mengikut undang-undang sedia ada.

“Kawasan-kawasan yang ditakrifkan sebagai jalan awam seperti mana maksud Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah di bawah bidang kuasa polis, Datuk Bandar dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Pihak lain (melainkan di jalan atau bangunan milik persendirian) tidak boleh menjalan apa-apa bentuk penundaan dan pengalihan sebarang kenderaan di jalan raya awam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sabtu lepas polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun kerana didakwa menunda kenderaan tanpa kuasa di jalan awam selain melakukan peras ugut meminta bayaran RM150 untuk melepaskan kenderaan yang dikunci tayar berhampiran Hospital Kuala Lumpur di sini.

Menurutnya suspek didapati positif dadah dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan kerana peras ugut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori