Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Operasi LRT Dari Putra...

KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini boleh menggunakan perkhidmatan...

Viral: Wanita Sempat Tulis...

MERUNTUN jiwa... seorang wanita warga emas sempat meninggalkan surat wasiat memohon pertolongan daripada...

31 Ahli Parlimen BN...

KUALA LUMPUR - "Jika tindakan kita meruntuhkan kerajaan, bermakna kitalah yang menggagalkan hasrat...

Video: Anak Muda Kuala...

KUALA SELANGOR - Rakaman sekumpulan pemuda menyerang sebuah premis yang didakwa menjalankan aktiviti...

Polis Cari 2 Individu Bantu Siasatan 2 Kes Dadah

SUNGAI PETANI – Polis Kuala Muda ingin menghubungi dua individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, individu pertama dicari ialah wanita warga Kemboja, Pen Sok, berumur lingkungan 40-an, bagi membantu siasatan kes dadah di Sungai Petani.

“Alamat terakhir wanita itu ialah Jalan Sungai Tukang 2, Kawasan Perindustrian Ringan Sungai Tukang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Insp Noor Hastikah Hassan di talian 04-4299222 sambungan 2112,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Md Zukir berkata, bagi kes kedua, polis sedang mengesan lelaki tempatan, Ahmad Zarin Abdullah, 45, bagi membantu siasatan kes dadah di Kulim.


“Saksi yang beralamat terakhir di Kampung Paya Suri, Bedong, dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 12 Mac ini berhubung kes di bawah Seksyen 39B ADB 1952.

“Bagi kes kedua, maklumat boleh disalurkan kepada Insp Siti Salwa Abdul Hamid dari BSJN Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, di talian 04-5382222,” katanya. – BERNAMA

Kategori