Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

210 Sekolah Daif Dibina...

KUCHING - Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini diberitahu baki 210 sekolah...

30 Telur Cacing Pita...

SELEPAS enam bulan menderita sakit kepala yang teruk, akhirnya apa yang berlaku kepada...

Hadkan Waktu Operasi Johor...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri Johor kini mengambil langkah menghadkan waktu operasi Johor...

Bakal Doktor ‘Bapa Ayam’...

PENUNTUT perubatan tahun akhir di sebuah universiti awam di Kuala Terengganu, mengaku tidak...

Polis Buru Pesalah Trafik Mulai Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi waran tangkap bermula minggu depan, kata Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd. Fuad Abd. Latiff.

Menurut beliau, operasi itu terpaksa dilakukan kerana terdapat sebilangan besar pesalah trafik enggan menyelesaikan waran tangkap dan saman-saman mereka.

“Saya menasihatkan golongan ini supaya berfikir bijak dengan mengambil peluang yang kami beri untuk menyemak dan membayar saman-saman mereka.

“Bermula minggu depan, pegawai dan anggota cawangan trafik akan mengesan dan menangkap pesalah-pesalah trafik yang masih mempunyai waran tangkap,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan oleh Pusat Media PDRM hari ini.

Justeru, Mohd. Fuad memberi amaran kepada pesalah trafik terbabit supaya segera menyelesaikan saman mereka untuk mengelak mereka dibawah ke mahkamah.


Katanya, pesalah trafik juga diminta memberi kerjasama penuh ke atas prosedur tangkapan yang akan dibuat termasuk tindakan menggunakan gari ke atas mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta pesalah trafik mengambil peluang untuk membayar saman-saman mereka sebelum tempoh tiga hari ini berakhir.

“Pilihan untuk membayar atau tidak adalah hak setiap individu dalam tempoh tiga hari ini. Mulai minggu depan, pilihan ini sudah tidak ada lagi,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori