Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jurutera Ditahan Edar Dadah

Serdang : Seorang jurutera ditahan polis selepas kegiatannya mengedar dadah terbongkar dalam empat...

BERSIH 2.0 Kutuk Abdul...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pro-Pakatan Harapan, BERSIH 2.0 mengutuk Presiden PAS, Datuk Seri...

Makyung “Anak Raja Tangkai...

KOTA BHARU - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan pementasan Teater...

Perbicaraan Tuduhan Tambahan Najib...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan perbicaraan selama 16...

Polis Buru ‘Mat Che Kah’ Susulan Kes Pukul Mekanik

KUALA TERENGGANU – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pukul seorang mekanik pada Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Sufian Sulaiman berkata polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek berkenaan yang dikenali sebagai Mat Che Kah atau nama sebenarnya Che Azhar Che Khas, berasal dari kampung Serdang, di sini.

Beliau berkata mengikut saksi dalam kejadian 5 petang itu, mangsa dipukul oleh tiga lelaki dengan menggunakan pasu bunga dan batu serta diikat dengan dawai.

“Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan pengesahan daripada pegawai perubatan menyatakan mangsa mengalami kecederaan dengan tulang rusuknya patah serta lebam di bahagian kepala.

“Motif kejadian dikatakan berkaitan rasa tidak puas hati selepas mangsa membaiki kereta suspek. Apabila mangsa meminta bayaran membaiki kereta RM500, suspek tidak berpuas hati kononnya terlalu mahal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata mengikut rekod suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, khianat dengan menggunakan api serta bergaduh.

Beliau meminta kerjasama daripada keluarga atau sahabat handai suspek supaya menyalurkan maklumat atau memaklumkan kepada balai polis berdekatan sekiranya lelaki terbabit berlindung di rumah mereka.

“Polis sudah mengesan rumah suspek dan berjumpa dengan isterinya meminta suspek menyerah diri kepada polis, namun sehingga ini suspek gagal berbuat demikian. Harus diingat mereka yang melindungi atau membantu suspek adalah menjadi satu kesalahan,” katanya.


Beliau berkata, orang ramai yang mengetahui dan terlihat suspek, boleh menghubungi Inspektor Wan Nor Hafizah di talian 019-4471457.

Dalam perkembangan lain, Suffian berkata sejak Mac hingga sekarang, terdapat empat laporan palsu kononnya mangsa disamun kerana ingin mendapatkan surat pengesahan daripada polis semata-mata mahu mengelak daripada membayar hutang.

Beliau berkata pengadu yang membuat laporan palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengemukakan maklumat palsu yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

*Video di bawah tiada kaitan dengan kes dia atas…

Kategori