Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Ramai Menangis Tonton...

ORANG selalu kata "cinta itu buta" dan"'cinta itu memerlukan pengorbanan"...Atas dasar pengertian cinta itulah, produksi...

Bauksit: Kementerian Kesihatan Analisa...

KUALA LUMPUR - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pahang melakukan analisa...

NS Tidak Terlibat Perpaduan...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun hari ini menafikan penglibatan kerajaan...

Suami Pasang CCTV, Isteri...

PELIK melihat kesan lebam di beberapa bahagian tubuh anak, seorang lelaki bertindak memasang...

Polis Buru Lelaki Tetak Wanita Di Klang

SHAH ALAM – Polis sedang memburu dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang seorang wanita ditetak dalam kejadian diTaman Klang Jaya, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata mereka dikenali sebagai N. Somoo, 37 yang juga suami mangsa dan rakannya Mogan.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi, R. Komathi, 42, yang berada di tempat kerja dikatakan dikunjungi dua lelaki dan seorang daripadanya bertindak mengheret mangsa ke arah sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru.

“Ketika diheret ke kereta, Komathi turut ditetak beberapa kali oleh seorang suspek menggunakan parang panjang menyebabkan kecederaan di kepala, kedua-dua kaki, pergelangan tangan kiri dan belakang badan sebelum kedua-dua suspek beredar dengan membawa wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kejadian itu yang dirakam kemudian ditularkan menerusi media sosial serta telah ditonton lebih 7,000 kali setakat berita ini ditulis.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata berdasarkan maklumat terbaharu yang diterima pihaknya, wanita berkenaan telah dihantar ke sebuah hospital di luar Lembah Klang oleh kedua-dua suspek dan keadaannya dilaporkan stabil.


“Kedua-dua suspek bagaimanapun terus menghilangkan diri sejurus menghantar mangsa ke hospital dan kedua-duanya kini sedang diburu,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pasangan itu yang mempunyai tiga anak tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dan motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. – BERNAMA

Kategori