Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kek Nasi Lemak Mula...

ANDA mungkin pernah dengar nasi lemak ais krim yang suatu ketika tular menerusi...

Nahas Tiga Beradik: Ibu...

KUANTAN - Ibu bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran  Kampung...

13 Keluarga Dipindah Kerana...

LANGKAWI - Sebanyak 13 keluarga dari dua buah kampung di sini telah dipindahkan...

Kerajaan P.Pinang Digesa Gantikan...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini disaran melaksanakan projek trem...

Polis Buru Juragan Bot Karam Yang Melarikan Diri

TAWAU – Polis Tawau sedang mengesan seorang mangsa lelaki yang terselamat dipercayai juragan bot karam di Perairan Batu Payung di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata lelaki itu dipercayai melarikan diri setelah diselamatkan dua lelaki yang memancing di tengah laut.

Beliau berkata pihaknya mengetahui perkara itu berdasarkan rakaman keterangan terhadap seorang lagi mangsa Mansur Umar, 25 yang turut diselamatkan dua pemancing berkenaan.

“Mansur menceritakan selepas lima jam berenang ekoran bot pecah, mereka terdengar bunyi enjin perahu dan kedua-dua mereka berteriak meminta tolong.

“Seorang lelaki yang menyelamatkan mereka ini menawarkan agar bermalam di rumahnya sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke tempat dituju keesokan harinya (semalam),” kata Fadil dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Fadil, rakaman keterangan Mansur diambil kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi.

Dalam keterangan itu juga, Fadil berkata Mansur telah ke Kampung Titingan pada Selasa lalu untuk menaiki perahu bagi pulang ke Sungai Nyamuk menemui keluarganya.


“Di Titingan, Mansur bertemu seorang lelaki, Nasir Selasa (ditemui lemas di Sungai Taiwan, Indonesia) dipercayai pengurus yang mengatur perjalanan ke Sungai Nyamuk.

“Kira-kira pukul 4 petang, mangsa bersama penumpang lain menaiki perahu berwarna biru laut dipandu seorang lelaki tidak dikenali sehingga ke muara Sungai sebelum bertukar bot laju yang dipandu juragan lain sehingga insiden bot itu karam,” kata Fadil.

Setakat ini, 11 daripada 15 mangsa tragedi bot karam itu. Daripada jumlah itu, empat terselamat termasuk lelaki yang dipercayai juragon bot manakala bakinya meninggal dunia.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) giat dijalankan bagi mengesan empat lagi mangsa yang masih hilang.

Pencarian itu membabitkan kawasan seluas 68 batu nautika persegi di perairan Tawau. – BERNAMA

Kategori