Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Lesen Khas Umrah Berkuat...

KUALA LUMPUR - Berkuat kuasa 1 Okt depan, hanya agensi pelancongan yang mempunyai ‘Lesen...

191 Ketua Bahagian UMNO...

PUTRAJAYA - Kesemua 191 ketua bahagian UMNO seluruh negara menyokong penuh kepimpinan dan...

Hasrat Pesakit Kanser Jejak...

KUALA LUMPUR - Kegembiraan jelas terpancar di wajah Syafiyah Nur Zahra Mohd Faizal,...

Ucapan Perasmian Sayap Wanita,...

UCAPAN Perasmian Sayap Wanita Pemuda dan Puteri UMNO oleh YB Datuk Seri Utama...

Polis Buru Dua Beradik Kes Tetak

PASIR MAS – Polis masih memburu dua beradik bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dengan kesan tetakan di Kampung Baru Alor Pasir, Bukit Tuku di sini, minggu lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam, Selasa lalu, mayat lelaki berusia 28 tahun ditemui orang awam dengan kesan tetakan pada kepala dan beberapa bahagian badan di belakang sebuah rumah.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah, berkata dua beradik dikenali sebagai Mohd Farizzuan Ismail, 23, dan Effendy Ismail, 35, beralamat di Kampung Teluk Sawa, Tok Uban, di sini.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan diserang di sebuah kedai basuh kenderaan di Kampung Batu Karang di sini.

“Mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah kereta sebelum kenderaan terbabit terbabas dan pemandunya maut. Mangsa yang ditetak dikatakan keluar sendiri daripada kenderaan itu sebelum ditemui maut di belakang sebuah rumah.


“Bagaimanapun, dua beradik itu terus menghilangkan diri dan gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Abdullah berkata, keterangan dua beradik itu diperlukan bagi melengkapkan siasatan.

“Kita percaya mereka masih berada di negeri ini dan polis minta mereka menyerah diri di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Akhbar NSTP sebelum ini melaporkan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dengan kesan tetakan pada kepala dan muka di belakang sebuah rumah. – BH Online

Kategori