Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU14: Cuti Bomba Dibekukan...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),...

Format 4 Pemain Import...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) mengakui format baharu Liga...

K’jaan Cadang Bina Kilang...

SEMPORNA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang membina sebuah kilang memproses...

Komen Bekas Ratu Cantik...

MUNGKIN Samantha Katie James, 25, mempunyai niat yang baik ketika memberikan komen mengenai...

Polis Buru 3 Suspek Bakar Kedai Di Taman Johor Jaya

JOHOR BAHRU – Polis sedang memburu tiga lelaki yang terlibat dalam kes kebakaran sebuah kedai di Jalan Dedap 18, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu didapati sengaja menyimbah hadapan kedai dengan minyak petrol, sebelum menyalakan api.

Perbuatan mereka itu, katanya, berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak di hadapan kedai berkenaan dan telah menjadi tular di laman sosial.

“Kita menerima maklumat pertama berkaitan kejadian pada pukul 12.35 tengah malam. Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kebakaran kecil pada bahagian ‘roller shutter’ kedai.

“Selain itu, terdapat dua tong plastik kecil yang mempunyai kesan separuh terbakar ditemukan bersama sisa-sisa kepingan surat khabar di tempat kejadian, dipercayai untuk menghidupkan api,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau kebakaran itu bagaimanapun hanya berlaku di bahagian ‘roller shutter’ dan tidak melarat ke mana-mana bahagian kedai dan bangunan lain.


Tambah beliau, kedai tersebut dimiliki oleh seorang wanita berusia 44 tahun dan polis kini masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) bagi mengetahui motif kejadian.

Polis juga menolak kemungkinan ia berkaitan dengan kongsi gelap serta Ah Long.

Jokhiri memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian agar tampil membantu siasatan polis dengan berkunjung ke balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis IPD Seri Alam di talian 07-3864222. – BERNAMA

Kategori