Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Video: Pengasuh Suntik Punggung...

VIDEO seorang penjaga wanita di sebuah pusat asuhan di Venezuela memberi hukuman melampau...

Anggota Polis Lepas Tembakan...

PETALING JAYA: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang anggota polis susulan tindakannya melepaskan...

Ayda Jebat Artis Paling...

SINGAPURA - Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat muncul Artis Paling Popular pada Anugerah...

“Syed Saddiq Malu Nak...

KAJANG - Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali...

Polis Bongkar Sindiket Penipuan FOREX

Shah Alam – Mengunakan laman website www.nexusfx.com dan www.mymoorescapital.com untuk menjalankan kegiatan penipuan forex terbongkar apabila sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor berjaya menahan lima lelaki termasuk ‘master mind’ dan ‘financial controller’.

Tertangkapnya kelima-lima suspek tersebut ekoran laporan polis yang dibuat oleh pengadu dimana beliau telah ditipu dalam pelaburan yang dibuat berjumlah RM7,600.00. Pelabur telah dijanjikan pulangan dividen sebanyak 2.8% pada setiap hari selepas dua minggu membuat pelaburan dan boleh mengeluarkan wang tersebut setiap 15hb setiap bulan. Namun sehingga tempoh pelaburan matang pengadu tidak memperolehi pulangan seperti yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Sakri bin Arifin dalam sidang media berkata suspek utama yang ditahan merupakan “King Money” menjalankan penipuan ala forex ini yang berlatar belakangkan perniagaan makanan kesihatan.

Menurutnya lagi kegiatan sindiket ini dipercayai bermula sejak bulan julai 2015 dan sehingga kini telah berjaya menrekrutkan introducer broker (IB) dan ahli-ahli lebih kurang seribu orang.

Kegiatan penipuan ini juga bukannya dilakukan di Malaysia malah turut terdapat perlabur-perlabur daripada Indonesia dan Brunei.

Modus operandi yang digunakan oleh suspek bagi menyakinkan para pelabur, suspek telah membeli satu platform website forex daripada satu lelaki warganegara Autralia adalah tujuan log in ID kepada pelabur untuk melihat pelaburan mereka.

Hasil siasatan polis daripada program ini menunjukkan bahawa tidak ada urus niaga forex dijalankan dan website yang digunakan adalah bagi menyakinkan pelabur bahawa pelaburan mereka telah didaftar secara selamat dalam website berkenaan.


Kesemua suspek yang ditahan linkungan 28 hingga 40 tahun dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 KK.

Pihak polis percaya ramai lagi mangsa-mangsa penipuan ini agar tampil membuat laporan polis bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.

Penipuan FOREX

Sumber: Facebook Polis Selangor

Baca Juga : 10 Skim Pelaburan Ini Menjadi Sebutan, Tapi Baik Lari Jauh-Jauh

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori