Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Masak Paket...

PUTRAJAYA - Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak...

Isteri Izzue Islam Nafi...

ADA khabar angin mengatakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam...

Kes Saman PAS, Mustafa...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk...

Adegan ‘Bercium’ Sebahagian Jalan...

BEBERAPA hari kebelakangan ini, media sosial dikecohkan dengan kontroversi babak 'bercium' antara Fattah...

Polis Berkas Warga Myanmar Disyaki Bunuh Rakan

ARAU – Seorang buruh warga Myanmar yang disyaki membunuh rakan senegaranya di rumah kongsi tempat tinggal mereka di kebun sayur Sungai Durian, mukim Kurung Anai di sini pada 3 Julai lepas, diberkas polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Nanda Maarof berkata suspek yang berumur 23 tahun diberkas ketika menyorok di dalam belukar kira-kira 500 meter dari rumah kongsi mereka pukul 7.30 malam tadi.

“Suspek yang keletihan dan kelaparan cuba melarikan diri semasa dikepung pasukan 30 anggota polis dengan dibantu Unit Anjing (K9) tetapi berjaya diberkas. Senjata (pisau) yang digunakan untuk menikam rakannya, Myint Naing, 37, bagaimanapun belum ditemui,” kata Nanda kepada pemberita, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Myint yang sebelum itu diarah keluar oleh majikan mereka dari rumah kongsi tersebut enggan mematuhinya dan dipercayai menjadi punca pertengkaran antara dia dan suspek.


Suspek didakwa menikam Myint, yang meninggal dunia di tempat kejadian, dan kemudiannya melarikan diri.

Nanda berkata Majistret Azhar Hamzah mengeluarkan perintah menahan reman suspek selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 11 Julai ini setelah dia dihadapkan di Mahkamah Majistret Kangar hari ini. – BERNAMA

Kategori